Telah lama kutinggalkan.......

Telah lama kutinggalkan satu kesalan yang tidak bernoktah....
Telah lama kutinggalkan impian yang tidak kesampaian....
Telah lama kutinggalkan rajuk yang yang tidak berkesudahan....

Sudah tiba masanya kita hidup semula.......kerana ....

Apa guna hidup kalau tidak bersemangat..
Apa guna semangat kalau tidak berjuang..
Apa guna berjuang kalau tidak dapat membebaskan diri dari belenggu......

Antara Destinasi dan Perjalanan.....

Memang tidak dapat dinafikan kejayaan sesuatu pertandingan akan diukur dengan kemenangannya di dalam pertandingan...Apabila kemenangan dicapai kita akan disalut dengan pujian ,penghargaan dan pelbagai lagi bentuk ganjaran yang pastinya menghilangkan kepenatan untuk memperoleh kemenangan itu...Dan apabila kita tidak mencapai kemenangan kita tidak akan dapat lari dari dipersoalkan kenapa kita tidak memperoleh kejayaan... Bagi pasukan yang bertanding menggunakan tenaga fizikal ....pemain dapat dibentuk melalui latihan intensif di padang dan dapat ditingkatkan lagi dengan sokongan moral daripada dalam dan luar emosi.Namun bagi pasukan yang memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi gabungan bakat dan latihan amat perlu dalam proses membentuk keupayaan seseorang dalam menyampaikan hujah.....Kecekapan menyampaikan hujah bukan satu-satunya dimensi yang diukur untuk mencapai kejayaan..... Pakej kecekapan mematikan hujah,pakej personaliti ,pakej lantunan suara dan pakej persepsi luar juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pasukan...Adakah ini sebagai satu luahan escapism kerana tidak menang? Sudah tentu tidak kerana.... aku pasti walaupun destinasi itu penting namun perjalanan ke arah destinasi itu lebih penting dalam menentukan kejayaan anak bangsa......
Oleh itu aku dalam proses mengumpulkan maklumat aktiviti serta kerjaya pendebat-pendebat sekolah supaya jelas dapat menjelaskan anak-anak debat mempunyai hala tuju kehidupan ....dan yang pasti penuh dengan informasi berkualiti dalam usaha membentuk masyarakat yang mampu berdayasaing diperingkat globalisasi dan tidak mudah untuk diperkotak-katikkan ...kerana mereka adalah masyarakat yang berinformasi , suka memproses ,tidak hanya menerima sahaja....satu masyarakat yang perlu wujud ...

Ahad 15 Februari 2009

Sesi latihan bahas bersama jurulatih terus berjalan walaupun hari ini hari cuti wajib bagi setengah-setengah orang......Teruskan usaha kamu pelajar-pelajar bahas BM dan BI Sdar...

SDAR VS ASIS

14 Februari Sdar(Bahas Bahasa Inggeris) mengadakan bahas persahabatan dengan ASIS.Relax Izzad................

Bengkel Pendedahan Kemahiran Berkomunikasi Pelajar Tingkatan 3

Tahniah kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 kerana berjaya memeriahkan bengkel kemahiran berkomuikasi ini.Pelajar-pelajar tingkatan 3 juga berjaya menunjukkan komitmen dengan menghadiri bengkel dalam masa yang telah ditetapkan.Aktiviti yang dijalankan berjaya menyakinkan para pelajar untuk cuba berucap di hadapan. Insyaalah cikgu akan cuba supaya kamu berkeyakinan berucap di hadapan senior-senior kamu.Tahniah Amir kerana berjaya memberikan contoh yang baik kepada batch purple....................Sikap dan respon kamu membanggakan cikgu ............................

12 Februari 2009

Tanggal 12 Februari pasukan bahas Bahasa Melayu telah mengadakan bahas persahabatan dengan pelajar-pelajar USIM .Jelas pasukan Sdar masih perlu menimba ilmu perdebatan lagi.Teruskan berusaha.Tiada usaha tiada kejayaan.......

11 Februari 2009

Tanggal 11 Februari Sdar menjadi meriah dengan pengisian aktiviti komunikasi. Di bilik mesyuarat aktiviti bengkel Forum yang dikendalikan oleh En Badrul Sani telah diadakan. Di Dewan Kuliah Sdar Gavel Club menjalankan perjumpaan mingguannya di bawah penyeliaan En Azmi Shahrin dan di Pusat Sumber pula latihan pasukan bahas Bahasa Melayu di bawah seliaan En Shamsul.Di bilik dokumentasi pula perjumpaan Pn Hjh Norzila dengan jawatankuasa komunikasi bagi menyelaraskan aktiviti supaya aktiviti dan program yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Bengkel Post mortem Bahas Persahabatan Sdar x STF

Pada tanggal 7 februari 2009 selepas bahas persabatan Sdar x STF jurulatih bahas Bahasa Inggeris Sdar iaitu Saudara Izzad Zalman telah mengadakan bengkel post mortem dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi pasukan bahas Bahasa Inggeris Sdar. Kalaulah ini dapat berterusan kami yakin akan muncul satu keajaiban dalam pasukan bahas Sdar..........

Begitu juga pasukan bahas Bahasa Melayu di bawah pimpinan En Muhammad Derus kaunselor yang tidak kenal jemu membimbing pasukan bahas Bahasa Melayu Sdar terus mencari tapak kemenangan ......telah mengadakan bengkel post mortem dengan dibantu oleh jurulatih pasukan bahas Bahasa Melayu.

Alangkah bagusnya kalau saudara Azhan,Munir, Azzairie,Syafiq Hamidan,Akbar dan lain-lain pembahas sekolah Bahasa Melayu yang saya sempat bersama menikmati kemudahan ,kesempatan dan peluang yang hari ini dinikmati oleh pembahas Sdar..........

Saya berbangga kerana sesuatu yang dulunya menjadi impian kami telah menjadi kenyataan.........pembahas-pembahas Sdar semakin terbela............cuma mampukah kita meraih kejayaan setelah begitu banyak peruntukan ,peluang,latihan dan galakan disediakan..Mampukah pelajar-pelajar yan g telah disogokkan dengan pelbagai peluang ini menyumbang sesuatu kepada sekolah. Apakah sumbangan itu???? Sudah tentu kemenangan.

Bahas Persahabatan Sdar x STF

Tanggal 7 Februari 2009 Sdar telah mengadakan bahas persahabatan dengan STF.Program hari ini bermula dengan ketibaan pelajar-pelajar STF jam 8.30 pagi. Sesi taklimat kemudiannya telah diadakan di Dewan Tun Razak. Pertandingan bahas Bahasa Inggeris telah diadakan di Dewan Tun Razak mana kala bahas Bahasa Melayu diadakan di Dewan Kuliah. Bahas persahabatan ini adalah salah satu landasan yang digunakan untuk mengenal pasti kemampuan pelajar-pelajar bahas Sdar sendiri.Terbukti kita memerlukan lebih banyak penyertaan pertandingan bagi memantapkan persediaan pasukan bahas Sdar.Sekolah berbangga dengan kehadiran bekas pembahas Sdar dalam usaha membantu pasukan Sdar. Walaupun sambutan daripada pelajar-pelajar lain yang tidak pernah terlibat dalam pertandingan bahas agak hambar namun sudah tertanam di dalam hati kami akan cuba mengetengahkan dan membudayakan warga Sdar dengan perbahasan..................

SDAR GAVEL CLUB


6 Nov 2008 Sdar mengorak langkah ke depan menganjurkan bengkel Public Speaking "Killer Presentation Skill @ SDAR yang telah dikendalikan oleh En Azmi Shahrin(Proskills Trainers)Banyak lagi gambar yang boleh dilihat di azmishahrin@gmail.com atau sandy@proskillstrainers.com

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

2008 Sdar telah terpilih sebagai Sekolah Kluster.Bidang kebitaraan yang menjadi pilihan sekolah ialah ELITE MATHS,RAGBI dan KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI.Kemahiran berkomunikasi ialah program pendedahan pengetahuan, melatih dan memantapkan kemahiran berkomunikasi pelajar-pelajar. Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang boleh berkomunikasi dengan berkesan. Melalui program ini sekolah berharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dalam bidang pidato,bahas,forum, syarahan dan public speaking. Dengan menjalankan program ini diharapkan pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dalam menyampaikan idea, berhujah di samping mampu berinteraksi dengan penuh keyakinan.